KU MOHON MAAF..

Salam perjuangan..
saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ini yang 'mungkin' ada yang menanti penulisan yang terbaru dari saya....walaupun orang biasa ungkapkan tanggungjawab melebihi masa daripada ungkapan Syahid Hassan Al-Banna,namun bagi saya itu bukan alasan untuk saya mengupdate penulisan dalam blog ini..kerana ini juga adalah salah satu tanggungjawab saya kira. Apepun, saya masih lagi menggunakan jari ni untuk bernukil sebenarnya, kalu tidak di blog ini, pastinya di blog saya yang ke-2. Anda boleh lah link di colume sebelah ini, untuk 'my 2nd Blog' atau layari http://nurcahayaislam.blogspot.com.. syukran...

GEAR 7!!!!!

assalamualaikum kepada semua pembaca blog ni..
alhamdulillah setelah hampir setahun atau mungkin lebih saya telah meninggalkan blog ni, dah lame dah x update..

saya rasa tertarik setelah tengok tajuk penulisan pipah,salah seorang sahabat yang cukup saya sayangi dan rindui, 'sem ni gear 5'..lebih kurang macam ni la tajuk tu. saya x sempat baca isinya,tapi dari tajuknya saya rasa saya boleh agak dah apa yang diceritakan oleh pipah..saya rasa kalu pipah gear 5,saya plak sem ni akan gunakan gear 9..lori pun xdek gear ni...punyalah nak bagi tahu perjuangn kita ni xboleh lagi jadi macam kura-kura,bergerak sangat lambat..arnab berhenti make minum pun sempat lagi kejar sang kura-kura...atau pun jadi macam ulat gonggok..nak harapkan kaki yang banyak untuk cepat sampai tapi lambat jugak sampai..sebab apa? sebabnya tak mengatur langkah dengan baik dan teratur. pada semester baru ni,yang mane bagi saya semester yang terpaksa saya harungi dengan lebih gentir dan mencabar apabila bertambahnya tanggungjawab dan terpaksa menghadapi segala kerenah sahabat-sahabat dan permasalahan yang bermacam-macam jenis...kalu nak rase pertarbiyahan yang 'mantap' jemputlah datang ke kampus saya..

sahabat-sahabat sekalian,
saya teringat kata-kata seorang ustaz iaitu ustaz syukri ketika saya menghadiri usrah bersama muslimat di kawasan paya besar,kuantan. beliau ada menyebut tentang bergerak atas dasar kemampuan ahli yang di gariskan oleh Imam syahid Hassan Al-Banna..saya mula berfikir,adakah pimpinan seperti saya harus menggunakan pendekatan seperti ini??? saya berfikir panjang kerana permasalahan di kampus saya,saya beranggapan sangat unik..10 tahun lamenya,tapi masih menghadapi masalah yang sama..adakah disebabkan masalah kemampuan ahli-ahli yang kurang ataupun ahli-ahli tak pernah nak topup kemampuan masing-masing even dah tahu diri mereka lemah!!! bagi saya untuk membetulkan apa yang dah terjadi sangat susah,tetapi kita boleh membuat satu perubahan dan jadikan pengalaman itu satu titik tolak kepada gerakan untuk tidak mengulangi apa yang tidak sepatutnya...pimpinan seharusnya tangkas dalam menilai sesuatu....tetapi adakah segala permasalahan yang timbul itu terpaksa di galas oleh pimpinan semata-mata?? insyaallah kita akan sambung lagi di kemudian hari......:)

Ya ALLAH!!!!!!


Ya Allah....

Ya ALLAH..
RedhaMu yang kudamba!
Seandainya Engkau redha..
Meskipun kehidupan sepahit hempedu
Tetap manis terasa di qalbu

Seandainya Engkau redha..
Meskipun papa kedana harta tiada
Tetap kaya mewah dalam bahagia

Seandainya Engkau redha..
Meskipun semua manusia murka
Tetap damai bersemayam di jiwa

Seandainya Engkau redha..
Meskipun musuh memutih di bumi
Tetap mara megah penuh berani

Seandainya Engkau redha..
Meskipun alam semesta ada kebinasaan
Tetap kemakmuran merajai perasaan

Seandainya Engkau redha..
Meskipun badai taufan menggegar dunia
Tetap tenang arus iman mengalir di dada

Ya Allah..
Seandainya Engkau redha..
Dan apabila cinta padaMu benar
Maka semua permasalahan menjadi mudah
Dan setiap yg berada di atas tanah adalah tanah!

RAMBUT WANITA TIDAK TERMASUK AURAT DAN BOLEH DIBUKA....?????


Aduhai...cantik molek nya wanita zaman kini..tampil dengan pelbagai fesyen..belit sana,belit sini. Ada jugak yang dah tak tahu nak berfesyen macam mane dah,sampai tudung pun campak ke tepi...hai,sapolah tu. Emm,..excited ke...manalah tahu tiba-tiba baca article ni ada pulak fatwa yang di keluarkan oleh ulamak yang mengatakan BOLEH x bertudung....ish2..jangan asyik dibuai mimpi dengan keindahan dunia wahai teman-temanku sekalian!!...
ingatlah wahai teman-teman,
bila kita menjaga aurat kita daripada pandangan lelaki bukan muhram,bukan je kita menjaga maruah kita sendiri malah kita akan menjaga maruah wanita mukmin yang lain juga...kita adalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.. jangan sampai kita menjadi penyebab fitnah kepada agama kita sendiri..na'uzubillah..



alasan!

1)kenapa tak nak pakai tudung?
jwp: "ish,panaslah....rimas sangat...arghhh.."
kat neraka panasnya berkali-kali ganda kalu nak tahu...eh,lagipun bukan ke kalau tak pakai tudung lagi panas???? yela,bila tak pakai tudung ni kepala terus kena cahaya matahari...rambut pun cepat rosak...

2)kenapa tak nak pakai tudung?
jwp: "emm,i nak show of kat orang ramai betapa cantiknya rambut i ni.....,baru la ramai peminat.."
wahai kaum hawa....nak show of buat ape.....nak ramai peminat? emhh,nanti kawin dengan sorang lelaki jugak...show of je la rambut tu depan suami mu nanti,barulah Allah pun redha..

3)kenapa tak nak pakai tudung?
jwp: "nanti KUTU x bebas berterbangan..."

ni la jawapan yang tak munasabah langsung pernah saya dengar...


wahai wanita,
jangan lah kamu suka mencari alasan untuk tidak bertudung...sedangkan pemakaian tudung itu sendiri telah melambangkan akhlak diri kita..Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).Dr. Yusuf Al-Qardhawi,ulamak terulung di zaman ini telah pun mengeluarkan fatwa apabila di kemukakan dengan permasalahan ini..:


Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara
dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama,
ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu
termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di
hadapan orang yang bukan muhrimnya.
Adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayat
Al-Qur'an:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).

Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang
bagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya.
Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama,
baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa
rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan
ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan
perhiasan yang tidak tampak


jadi kepada sesiapa yang 'belum' lagi memakai tudung tu,pakai lah wahai teman...sesungguhnya suruhan kewajipan bertudung itu bukannya datang dari tok guru nik aziz,pak lah atau mana-mana pihak,tapi itu adalah suruhan dari tuhan Maha Berkuasa, ALLAH s.w.t...percayalah,betapa cantiknya dirimu apabila tudung dijadikan sebagai pelindung diri....
wallahu'alam.

'AL-QURAN PANDUAN HIDUPKU' BETUL KE?


wahai sahabat-sahabatku....Al-Quran panduan hidup kita...."ya,aku tahu...". semua jawab begitu..tapi sejauh manA kebenaran kata-kata mu itu...tepuk dada tanya IMAN..


saya dapatkan wardah muhasabah ini dari sahabat saya,bila di baca memang banyak betulnya,memang berlaku dalam realiti kehidupan hari ni..

Jadi hayati,renungkan dan muhasabah semula diri sejauh mana kah diri kita dengan kitab suci Allah ini.




Waktu engkau masih kanak-kanak..............

kau laksana kawan sejatiku

dengan wudhu',Aku kau sentuh dalam keadaan suci,Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa.........

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah....?

Menurutmu,mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau,menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.........

Sekarang,Aku tersimpan rapi sekali,sehingga engkau terlupa dimana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.


kadang-kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

kini aku lebih banyak tersingkir,dibiarkan dalam kesendirian,kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan.

Dulu........pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman

di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi....engkau baca surat khabar dahulu

waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

engkau abaikan dan engkau lupakan..


waktu berangkat kerja pun engkau lupa baca pembuka surah-surahku(bismillah)

di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi

tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat dalam keretamu

sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu

mengasyikkan


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu

jarang sekali engkau putar ayat-ayatku........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu

benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan tv

menonton siaran televisyen..

di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah

waktupun cepat berlalu...

Aku semakin kusam dalam laci-lacimu

mengumpul debu atau mungkin dimakan hama


seingatku, hanya awal ramadhan engkau membacaku kembali

itupun hanya beberapa lembar dariku.

dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu

engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku.,

atau sewaktu kematian saudara atau taulanmu


bila engkau di kubur sendirian menunggu sehingga kiamat tiba

engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

apakah tv,radio,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

yang pasti ayat-ayat Allah yang ada padaku menolongmu

itu janji tuhanmu,Allah s.w.t


sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

setiap saat berlalu..

dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggumu..............

engkau pasti kembali,kembali kepada tuhanmu....


jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan

yang akan membantu engkau membela diri

ddalam perjalanan ke alam akhirat

dan Aku lah "Al-Quran ", kitab sucimu

yang sentiasa setia menemani dan melindungimu


peganglah Aku kembali....bacalah Aku kembali setiap hari

kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci

yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

yang disampaikan oleh jibri melalui Rasulmu

keluarkanlah segera Aku dari almari ,lacimu......

letakkan aku selalu didepan meja kerjamu..

agar engkau sentiasa mengingati tuhanmu..

sentuhilah Aku kembali....


bacalah dan pelajari lagi Aku...

setiap datangnya pagi,petang dan malam hari walau secebis ayat

seperti dulu...waktu eangkau masih kecil

di surau kecil kampungmu yang damai

jangan Aku engkau biarkan sendiri..

dalam bisu dan sepi.......

Kira Kira

Emailkan Pandangan Anda

MAWAR BERDURI

Menjadi Idaman Setiap Wanita Untuk Mendapat Gelaran Sebagai Wanita Solehah Di Sisi ALLAH S.W.T