RAMBUT WANITA TIDAK TERMASUK AURAT DAN BOLEH DIBUKA....?????


Aduhai...cantik molek nya wanita zaman kini..tampil dengan pelbagai fesyen..belit sana,belit sini. Ada jugak yang dah tak tahu nak berfesyen macam mane dah,sampai tudung pun campak ke tepi...hai,sapolah tu. Emm,..excited ke...manalah tahu tiba-tiba baca article ni ada pulak fatwa yang di keluarkan oleh ulamak yang mengatakan BOLEH x bertudung....ish2..jangan asyik dibuai mimpi dengan keindahan dunia wahai teman-temanku sekalian!!...
ingatlah wahai teman-teman,
bila kita menjaga aurat kita daripada pandangan lelaki bukan muhram,bukan je kita menjaga maruah kita sendiri malah kita akan menjaga maruah wanita mukmin yang lain juga...kita adalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.. jangan sampai kita menjadi penyebab fitnah kepada agama kita sendiri..na'uzubillah..



alasan!

1)kenapa tak nak pakai tudung?
jwp: "ish,panaslah....rimas sangat...arghhh.."
kat neraka panasnya berkali-kali ganda kalu nak tahu...eh,lagipun bukan ke kalau tak pakai tudung lagi panas???? yela,bila tak pakai tudung ni kepala terus kena cahaya matahari...rambut pun cepat rosak...

2)kenapa tak nak pakai tudung?
jwp: "emm,i nak show of kat orang ramai betapa cantiknya rambut i ni.....,baru la ramai peminat.."
wahai kaum hawa....nak show of buat ape.....nak ramai peminat? emhh,nanti kawin dengan sorang lelaki jugak...show of je la rambut tu depan suami mu nanti,barulah Allah pun redha..

3)kenapa tak nak pakai tudung?
jwp: "nanti KUTU x bebas berterbangan..."

ni la jawapan yang tak munasabah langsung pernah saya dengar...


wahai wanita,
jangan lah kamu suka mencari alasan untuk tidak bertudung...sedangkan pemakaian tudung itu sendiri telah melambangkan akhlak diri kita..Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).Dr. Yusuf Al-Qardhawi,ulamak terulung di zaman ini telah pun mengeluarkan fatwa apabila di kemukakan dengan permasalahan ini..:


Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara
dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama,
ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu
termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di
hadapan orang yang bukan muhrimnya.
Adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayat
Al-Qur'an:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).

Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang
bagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya.
Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama,
baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa
rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan
ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan
perhiasan yang tidak tampak


jadi kepada sesiapa yang 'belum' lagi memakai tudung tu,pakai lah wahai teman...sesungguhnya suruhan kewajipan bertudung itu bukannya datang dari tok guru nik aziz,pak lah atau mana-mana pihak,tapi itu adalah suruhan dari tuhan Maha Berkuasa, ALLAH s.w.t...percayalah,betapa cantiknya dirimu apabila tudung dijadikan sebagai pelindung diri....
wallahu'alam.

0 comments:

Kira Kira

Emailkan Pandangan Anda

MAWAR BERDURI

Menjadi Idaman Setiap Wanita Untuk Mendapat Gelaran Sebagai Wanita Solehah Di Sisi ALLAH S.W.T