GEAR 7!!!!!

assalamualaikum kepada semua pembaca blog ni..
alhamdulillah setelah hampir setahun atau mungkin lebih saya telah meninggalkan blog ni, dah lame dah x update..

saya rasa tertarik setelah tengok tajuk penulisan pipah,salah seorang sahabat yang cukup saya sayangi dan rindui, 'sem ni gear 5'..lebih kurang macam ni la tajuk tu. saya x sempat baca isinya,tapi dari tajuknya saya rasa saya boleh agak dah apa yang diceritakan oleh pipah..saya rasa kalu pipah gear 5,saya plak sem ni akan gunakan gear 9..lori pun xdek gear ni...punyalah nak bagi tahu perjuangn kita ni xboleh lagi jadi macam kura-kura,bergerak sangat lambat..arnab berhenti make minum pun sempat lagi kejar sang kura-kura...atau pun jadi macam ulat gonggok..nak harapkan kaki yang banyak untuk cepat sampai tapi lambat jugak sampai..sebab apa? sebabnya tak mengatur langkah dengan baik dan teratur. pada semester baru ni,yang mane bagi saya semester yang terpaksa saya harungi dengan lebih gentir dan mencabar apabila bertambahnya tanggungjawab dan terpaksa menghadapi segala kerenah sahabat-sahabat dan permasalahan yang bermacam-macam jenis...kalu nak rase pertarbiyahan yang 'mantap' jemputlah datang ke kampus saya..

sahabat-sahabat sekalian,
saya teringat kata-kata seorang ustaz iaitu ustaz syukri ketika saya menghadiri usrah bersama muslimat di kawasan paya besar,kuantan. beliau ada menyebut tentang bergerak atas dasar kemampuan ahli yang di gariskan oleh Imam syahid Hassan Al-Banna..saya mula berfikir,adakah pimpinan seperti saya harus menggunakan pendekatan seperti ini??? saya berfikir panjang kerana permasalahan di kampus saya,saya beranggapan sangat unik..10 tahun lamenya,tapi masih menghadapi masalah yang sama..adakah disebabkan masalah kemampuan ahli-ahli yang kurang ataupun ahli-ahli tak pernah nak topup kemampuan masing-masing even dah tahu diri mereka lemah!!! bagi saya untuk membetulkan apa yang dah terjadi sangat susah,tetapi kita boleh membuat satu perubahan dan jadikan pengalaman itu satu titik tolak kepada gerakan untuk tidak mengulangi apa yang tidak sepatutnya...pimpinan seharusnya tangkas dalam menilai sesuatu....tetapi adakah segala permasalahan yang timbul itu terpaksa di galas oleh pimpinan semata-mata?? insyaallah kita akan sambung lagi di kemudian hari......:)

0 comments:

Kira Kira

Emailkan Pandangan Anda

MAWAR BERDURI

Menjadi Idaman Setiap Wanita Untuk Mendapat Gelaran Sebagai Wanita Solehah Di Sisi ALLAH S.W.T